Aku tersentak sedikit apabila mendengar bunyi petikan jari di hadapan mataku. Cepat-cepat aku mendongak. Ah, Suhaimi rupanya. "Kenapa dengan awak? Macam tak lena saja tidur?" Ujarnya lalu mengambil tempat duduk di sebelahku. Dia mencapai sudu yang aku gunakan untuk menyapu jem pada roti. Aku meneguk sedikit air teh. Bau strawberi menyenangkan fikiranku yang sesak dengan mimpi buruk malam tadi. "Tak ada apa-apalah. Cuma, tak biasa duduk dekat rumah sini." Jawabku dengan berhati-hati. Aku tak mahu dia bimbang dengan perkara sebenar yang berlaku semalam. Cukuplah layanan dia yang baik itu selama aku bersamanya selepas pulang dari pulau. Bukankah dia ada masalah dia sendiri? Biarlah aku menyelesaikan masalah aku seorang. Wajahnya nampak tegang. "Sayang tipukan? Saya tak sukalah dengan orang yang tak jujur dengan diri sendiri hanya semata-mata nak jaga hati orang lain." Sapuan pada roti itu juga terhenti. Nampak macam dia mengharap...
Labah-labah itu bukan besar namun ianya berbulu. Kakinya tak panjang tapi hujung kakinya boleh memedihkan kulit. Wanita itu berlari daripada sesarang labah-labah yang mengejarnya. Bunyi 'his!' dari kaki-kaki serangga itu mencucuk telinganya. Entah bagaimana dia boleh tersadung dan terjatuh, mencederakan dahinya. Dia berdiri lagi, meninggalkan seseorang yang terbaring. Seseorang yang telah menyebabkan kakinya tersadung tadi. Bunyi hembusan nafas Alisya kedengaran berat. Dengan kaki yang kurus itu, dia semakin tidak terdaya lagi untuk bergerak. Akhirnya dia ternampak kesan retak pada dinding. Cahaya yang menular dari celah retak, memberi sedikit terang pada bilik yang tidak tahu berapa saiznya. Ketika tangannya mahu menyentuh dinding yang retak kecil itu, matanya seakan ternampak retak tersebut bergerak tinggi ke siling. Dia cuba menyentuh retak itu dengan melompat tetapi tidak berguna. Tanpa sedar, satu per satu labah-labah telah mencapai k...
Ketika saat penumpang MH-455 kembali pulang ke pangkuan orang yang tersayang, mataku melilau-lilau seperti anak kambing yang hilang arah. Aku menjadi khuatir apabila wajah yang tidak dikenali terus ada pada layar mata sehinggalah aku merasakan ada seseorang menepukku dari belakang. "Kakak!" Seorang perempuan muda memelukku dengan erat. Ini Zahirah ke? Aku seperti dapat merasai bahuku basah dengan air matanya. Pada masa yang sama, aku turut melihat ibu dan ayah datang kepadaku dengan tangan yang mendepa luas. Ibu mengusap kepalaku perlahan. Mata tua itu mungkin tidak menyangka aku benar-benar ada di hadapannya. Ternyata harapanku melihat ibu sebelum nyawa ditarik, menjadi kenyataan. "Ke mana kamu pergi, nak?" Lirih suara ibu bertanyakan soalan yang didengari jelas olehku. Dalam pelukan, aku menjadi sebak. Air mata pada pelupuk matanya seperti tidak tertahan-tahan lagi. Dua tahun lebih berada di pulau itu terasa begitu lama bila difikirkan sekara...
Comments
Post a Comment