Posts

RED DOOR PART 6: BERJUMPA DENGAN JIRAN

  Aku tersentak sedikit apabila mendengar bunyi petikan jari di hadapan mataku. Cepat-cepat aku mendongak. Ah, Suhaimi rupanya. "Kenapa dengan awak? Macam tak lena saja tidur?" Ujarnya lalu mengambil tempat duduk di sebelahku.   Dia mencapai sudu yang aku gunakan untuk menyapu jem pada roti. Aku meneguk sedikit air teh. Bau strawberi  menyenangkan fikiranku yang sesak dengan mimpi buruk malam tadi.  "Tak ada apa-apalah. Cuma, tak biasa duduk dekat rumah sini." Jawabku dengan berhati-hati. Aku tak mahu dia bimbang dengan perkara sebenar yang berlaku semalam.   Cukuplah layanan dia yang baik itu selama aku bersamanya selepas pulang dari pulau. Bukankah dia ada masalah dia sendiri? Biarlah aku menyelesaikan masalah aku seorang.  Wajahnya nampak tegang. "Sayang tipukan? Saya tak sukalah dengan orang yang tak jujur dengan diri sendiri hanya semata-mata nak jaga hati orang lain." Sapuan pada roti itu juga terhenti.   Nampak macam dia mengharap...

RED DOOR PART 5: CUMA MIMPI

  Seusai solat Maghrib, aku mula keluar dari bilikku. Aku teringat wajah Suhaimi petang tadi. Dia nampak gembira sangat sambil menjinjit dua buah beg plastik yang nampak berisi. Bila aku tanya kenapa, dia kata tunggulah sampai dia mesej nanti. Hm, kejutan ya? 'Turunlah. Saya dah buat makan malam kita.'  Aku membaca mesejnya yang disertai dengan emoji mata berbentuk hati. Aku hanya tersenyum kecil sahaja seraya menutup bilikku. Bila aku tutup telefon, entah bagaimana, mataku tertumpu pada pintu merah itu. Hanya pintu itu sahaja yang berwarna merah gelap. Pintu lain semuanya mempunyai warna perang muda. Tak pula Suhaimi nak kata apa-apa.   Aku menarik nafas panjang. Buat apa nak tahu lebih lagi? Bukankah Suhaimi sudah beritahu yang dalam bilik itu cuma ada barang-barang lama ibu bapanya? "Suhaimi, awak ada dekat mana?" Laungku sebaik sahaja turun dari anak tangga yang terakhir. Aku dapat menghidu bau masakkannya tetapi ianya berlegar-legar di mana-mana sahaja. "Di ...

RED DOOR PART 4: SELAMAT DATANG!

  Aku memeluk ibu erat. Perasaan kasih dan sayang kepada wanita dalam usia 50-an itu membuatkan aku berasa sebak untuk mengucapkan selamat tinggal. Akhirnya, pelukan kami terlepas juga. Ibuku mengesat air matanya yang berlinangan jatuh.   Wajahnya berkerut. "Dah, tak payah nak sedih sangat. Patutnya kamu kena gembira sebab kamu dapat jumpa balik suami kamu. Sudah. Jangan nak menangis lagi. Oh, lagi satu. Jangan nak beraku-kau dengan suami. Tak hormat namanya." Aku mengangguk perlahan nasihat yang diberikan oleh ibu. Kemudian, aku berkalih pula kepada ayah yang baru sahaja berjabat tangan dengan Suhaimi. "Saya pergi dahulu ayah. Doakan keselamatan saya. Semoga saya selamat sampai di kampung nanti."   Ayah hanya mampu menghulurkan tangannya untuk dicium olehku. Bukan aku tak nampak air mata yang tertahan-tahan disebalik kaca mata yang dipakainya itu, cuma aku saja buat tidak endah. Aku tahu ego ayah itu tinggi untuk mengalirkan air matanya namun kasih sayang yang ...